Thursday 27 November 2008

PERSEMBAHAN NASYID KASEH 08


PERSEMBAHAN 1


PERSEMBAHAN FASILITATOR

KASEH

KASEH [kem anak soleh permata hatiku] buat julung-julung kalinya diadakan di Sekolah Integrasi As-Syakirin pada 24 November - 5 Disember 2008.

Program KEM ANAK SOLEH PERMATA HATIKU [ KASEH]

Tarikh : 24 November – 5 Disember 2008
( kecuali Sabtu – Ahad, 10 hari )

Tempat : Sekolah Integrasi As-Syakirin (SIAS)

Anjuran : Persatuan Tenaga Pengajar As-Syakirin

1.0 Muqaddimah

Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, idola mukmin sedunia. Di dalam usaha melestari generasi Rabbani, menunjang agama jua menggilap potensi kini agar terus memiliki syakhsiah dan akhlak yang murni, sesuatu perlu dilakukan.
Anak, adalah satu amanah Allah yang harus dipikul ibubapa. Ia satu pelaburan jangka panjang berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud, akan terputus semua amalan Bani Adam apabila terputusnya nyawa melainkan tiga perkara iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh.
Justeru, program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita itu. Program ini direka sebagai wadah didikan asas sebagai anak soleh, sebagai jalan perintis ke arah membentuk peribadi soleh.
Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa menunjang agama di setiap pojok kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan terpuji selaras dengan hasrat kerajaan.


2.0 Misi
“Mencungkil Potensi, Membentuk Peribadi, Mengamal Sunah Nabi”

3.0 Objektif

- Meningkatkan daya tahan syakhsiah dan peningkatan akhlak Islamiyyah melalui program pembangunan insani.
- Menanamkan sifat tanggungjawab dan kasih sayang kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
- Memberi perangsang dan motivasi diri kepada peserta supaya berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dari aspek pengurusan masa, disiplin beribadah & peranan sebagai rakan sebaya.

4.0 Sasaran peserta

Peserta dihadkan kepada 100 orang pelajar-pelajar berumur 10-15 tahun
- Tahap Dua ( tahun 4 – 6 )
- Menengah Rendah ( Tingkatan 1 -3 )

5.0 Pendaftaran peserta
Pelajar yang berminat boleh mendaftar di Pejabat Sekolah Integrasi As-Syakirin (SIAS), No. 14 jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam. Tel : 03-55115393/94 Fax : 03-55115397 Emel : sias2007@gmail.com

6.0 Masa
8.00 pagi – 5.00 petang ( pelajar berulang )

7.0 Aktiviti

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah
- Tahsinus Solah
- Tahsinul Qur’an
- Tahsinul Wudhu’
- Ceramah kecemerlangan
- Qiyamullail
8.0 Tentatif Harian

8.00 pagi : ketibaan peserta
8.30 pagi : Asma’ul Husna, Doa Pagi Hari
8.45 pagi : Al-Qur’an Quotient (AQ) : [ membaca, menghafaz, tajwid ]
9.30 pagi : Solat Dhuha & Tazkirah
9.45 pagi : Minum pagi
10.00 pagi : Intelligent Quotient (IQ) : [ ceramah, LDK, Aktiviti ]
11.30 pagi : Spiritual Quotient ( SQ ) : [ ceramah, LDK, Nasyid, Aktiviti ]
12.30 tgh : makan tengahari
1.00 ptg : Solat Zuhur berjemaah & Tazkirah
2.00 ptg : Emotional Quotien ( EQ ) : [ ceramah, LDK, Kuiz, Aktiviti ]
4.00 ptg : Solat Asar berjemaah & Tazkirah
4.45 ptg : Doa petang & minum petang
5.00 ptg : bersurai

( khas khamis malam )
6.30 ptg : makan malam
7.00 mlm : Solat Maghrib
7.30 mlm : bacaan Yasin & Tahlil
8.15 mlm : Solat Isya berjemaah & Solat Hajat
8.30 mlm : Emotional & Spiritual Quotient (ESQ)
10.00 mlm : Supper
10.30 mlm : terlena di pembaringan
04.45 pagi : qiyamullail
05.40 pagi : Solat Subuh berjemaah & Al-Ma’thurat
6.30 pagi : Melentur Tubuh Menyihat Badan
7.00 pagi : Mandi

9.0 Yuran

Yuran yang dikenakan ialah ;
Pelajar As-Syakirin : RM 190 ( Ringgit Malaysia : Seratus Sembilan Puluh sahaja )
Pelajar luar : RM 250 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh sahaja )

10. Penutup

Semoga dengan program seumpama ini boleh menjadikan sekolah sebuah ‘one stop education centre’ dan menjadi penyuluh masyarakat setempat.

Shah Alam. 2008